Kau Sahabat Kau Teman


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati







Captcha
Das Lied von Hijjaz wird Ihnen von Lyrics-Keeper angeboten. Widget kann als Karaoke zum Lied Hijjaz Kau Sahabat Kau Teman benutzt werden, wenn Sie die Moglichkeit haben, den Backing Track herunterzuladen. Fur einige Kompositionen ist die richtige Ubersetzung des Liedes zuganglich. Hier konnen Sie auch die Ubersetzung des Liedes herunterladen. Wir bemuhen uns, den Text zum Lied moglichst genau zu machen, deswegen bitten wir Sie um eine Mitteilung, falls etwas im Text zum Lied korrigiert werden muss. Wenn Sie das Lied Hijjaz Kau Sahabat Kau Teman kostenlos im MP3-Format herunterladen mochten, besuchen Sie bitte einen von unseren Musiksponsoren.