Joget Malaysia


Datuk Panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau Saloma orang yang bijak
Negeri kita apa namanya

Ikanlah keli di dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya
Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia

Ramalah rama di pohon duri
Mati ditimpa si buah nangka
Kalau Saloma orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka

Anak benggali ke kebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka
Wahai Cik Ramlee ini jawabnya
Tiga puluh satu Ogos Merdeka

Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya Datuk Menteri
Kalau Saloma orang yang pandai
Di mana letak Ibu Negeri

Anaklah bilal dari Mentakab
Pergi ke Johor buat kenduri
Cik Ramlee soal mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri







Captcha
La canción de Saloma Joget Malaysia es presentada a usted por Lyrics-Keeper. Es posible utilizar widget como karaoke de la canción Joget Malaysia, si hay la posibilidad de cargar el acompañamiento(archivos .kar y .mid). Es accesible también la traducción correcta de las canciones para ciertas composiciones Puede descargar también la traducción de letra de cancion Joget Malaysia aquí. Tratamos las letras de la cancion sean más exactas, por eso si usted tiene ciertas correcciones sobre la letra de cancion, expidelos por favor. Si quiere descargar gratis la canción Saloma Joget Malaysia nel formato mp3, visite a uno de nuestros patrocinadores musicales.