Joget Malaysia


Datuk Panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau Saloma orang yang bijak
Negeri kita apa namanya

Ikanlah keli di dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya
Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia

Ramalah rama di pohon duri
Mati ditimpa si buah nangka
Kalau Saloma orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka

Anak benggali ke kebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka
Wahai Cik Ramlee ini jawabnya
Tiga puluh satu Ogos Merdeka

Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya Datuk Menteri
Kalau Saloma orang yang pandai
Di mana letak Ibu Negeri

Anaklah bilal dari Mentakab
Pergi ke Johor buat kenduri
Cik Ramlee soal mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri







Captcha
La chanson Saloma Joget Malaysia est présentée par Lyrics-Keeper. Vous pouvez utiliser widget en tant que karaoké de la chanson Joget Malaysia si vous avez la possibilité de télécharger le phonogramme(.mid ou .kar files). Pour quelques chansons nous avons la traduction exacte des paroles. Ici vous pouvez télécharger la traduction de la chanson Saloma Joget Malaysia. Nous voudrions que les paroles de la chanson soient très correctes, donc, si vous avez quelques corrections, envoyez-les nous s’il vous plaît. Si vous voulez télécharger gratuitement la chanson Joget Malaysia au format mp3, vous pouvez le faire chez l’un de nos sponsors musicaux.