Letra da música de Hijjaz: Kau Sahabat Kau Teman

Kau Sahabat Kau Teman


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati







Captcha
A canção da Hijjaz Kau Sahabat Kau Teman é apresentado-lhe por obséquio Lyrics-Keeper. O widget pode ser usado como uma canção do karaokê Kau Sahabat Kau Teman, em caso de poder carregar o fundo(arquivos .midi ou .kar). Para algumas canções disponíveis para corrigir a tradução da canção. Você também pode baixar cá uma tradução das letras da musica Hijjaz Kau Sahabat Kau Teman. Nós tentamos as reproduzir as letras de Kau Sahabat Kau Teman de forma mais precisa portanto se tiver alguns modificações a introduzir em as letras de músicas, faça o favor, enviar-no-las. Se deseja baixar(download) música Hijjaz Kau Sahabat Kau Temanno formato mp3 grátis visite um dos nossos patrocinadores músicais.