Hilang Kawalan


Walau terlalu pahit untuk kumenelan
Dikau terlalu manis untuk kulepaskan
Ku pun tak tahu apa kumahu
Tapi ku mahu mu

Walau keliru dengan reaksimu
Yang berubah-ubah padaku
Adakah kau sengaja cuba-cuba uji kesabaranku?
Adakalanya cintamu hangat
Tapi s'lalunya dingin membeku

Seaneh-aneh manusia di dunia
Dikau mengatasinya
Tapi mungkin kerana itu diriku gila padamu
Kerna manisnya lebih terasa
Bila biasa di kecewa

Memang tak dapat kunafi ku bermain api
Jika tersilap hari ia membakar diri
Dari mula sehingga kini aku sedar
Dikau bukannya mudah untuk dipunya
Bila kau menyakiti hati berulang-ulang kali
Aku tak bermaya melawan rasa
Mungkin kusudah hilang fikiran ku hilang kawalan







Captcha
The Kru Hilang Kawalan are brought to you by Lyrics-Keeper. You can use lyrics widget for karaoke. We tried to make lyrics as correct as possible, however if you have any corrections for Hilang Kawalan lyrics, please feel free to submit them to us. If you want to download this song in mp3 you can visit one of our music sponsors.