Letra de canción de Tarudin Siti Nurhaliza: Nian Di Hati

Nian Di Hati


Suburnya nian sukar dimadah
Mekar jiwa dilamar mimpi
Kasih sepantun tulisnya sudah
Hanya rindu ikatan hati
Berlumpur intan
Seri masih bertandang
Bagai bulan dipagar bintang

Angin berderu ombak mengalun
Melambai daun sedang rimbun
Sarat di hati rindu ditanggung
Airmata pun tak terbendung
Dikau kusanjung
Cinta suci terulung
Dijiwaku semakin ranum

C/O 1
Terpadamlah gundah dihati
Setenangnya air dikali
Hilanglah resah terpancar naluri
Janji yang diikat teguh berdiri

C/O 2
Lafazlah sejujur hatimu
Setulus halusnya budimu
Damaimu sesudah gerimis
Bawa daku bersama meniti pelangi

C/O 3
Kuyakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi
Disaluti sutera asli
Selimut cinta aroma harum kasturi

Kasihmu beraja di hati
Kasihku bertahta di jiwa
Walaupun tiada di mata
Cintamu tetap sebati

Sungguh bererti kasih dan sayang
Seribu sumpah kau tunaikan
Cinta berkurun kasih berzaman
kerana sayang ku turutkan
Guruh di laman
Umpamanya gurindam
Mengusap di hati yang rawan

Solo & C/O 1 & C/O 2 & C/O 3
Lagu: Azmeer
Lirik: Azam Dungun







Captcha
Widget
La canción de Tarudin Siti Nurhaliza Nian Di Hati es presentada a usted por Lyrics-Keeper. Es posible utilizar widget como karaoke de la canción Nian Di Hati, si hay la posibilidad de cargar el acompañamiento(archivos .kar y .mid). Es accesible también la traducción correcta de las canciones para ciertas composiciones Puede descargar también la traducción de letra de cancion Nian Di Hati aquí. Tratamos las letras de la cancion sean más exactas, por eso si usted tiene ciertas correcciones sobre la letra de cancion, expidelos por favor. Si quiere descargar gratis la canción Tarudin Siti Nurhaliza Nian Di Hati nel formato mp3, visite a uno de nuestros patrocinadores musicales.