Dialah Di Hati


Bisikan sang bayu membawa perkhabaran
Dongengan yang sama dicanang berulang
Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan

Seumpama naskah yang terbuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah
Dengan bijaksana
Siapa aku yang sebenar

Korus

Kendati selautan segunung
Permata di kanan dan kiri
Selagi jantungku berdegup hingga tiba saat terhenti
Dialah dihati

Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan

Seumpama naskah yang terbuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah
Dengan bijaksana
Siapa aku yang sebenar

Kendati selautan segunung
Permata di kanan dan kiri
Selagi jantungku berdegup hingga tiba saat terhenti
Dialah dihati

# Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya dia

Ulang # 2x

Tiada rahsia lagi
Usah bertanya berteka teki
Cinta yang abadi
Cintaku yang suci dihati







Captcha
La chanson Siti Nurhaliza Dialah Di Hati est présentée par Lyrics-Keeper. Vous pouvez utiliser widget en tant que karaoké de la chanson Dialah Di Hati si vous avez la possibilité de télécharger le phonogramme(.mid ou .kar files). Pour quelques chansons nous avons la traduction exacte des paroles. Ici vous pouvez télécharger la traduction de la chanson Siti Nurhaliza Dialah Di Hati. Nous voudrions que les paroles de la chanson soient très correctes, donc, si vous avez quelques corrections, envoyez-les nous s’il vous plaît. Si vous voulez télécharger gratuitement la chanson Dialah Di Hati au format mp3, vous pouvez le faire chez l’un de nos sponsors musicaux.