Songtekst van Tarudin Siti Nurhaliza: Nian Di Hati

Nian Di Hati


Suburnya nian sukar dimadah
Mekar jiwa dilamar mimpi
Kasih sepantun tulisnya sudah
Hanya rindu ikatan hati
Berlumpur intan
Seri masih bertandang
Bagai bulan dipagar bintang

Angin berderu ombak mengalun
Melambai daun sedang rimbun
Sarat di hati rindu ditanggung
Airmata pun tak terbendung
Dikau kusanjung
Cinta suci terulung
Dijiwaku semakin ranum

C/O 1
Terpadamlah gundah dihati
Setenangnya air dikali
Hilanglah resah terpancar naluri
Janji yang diikat teguh berdiri

C/O 2
Lafazlah sejujur hatimu
Setulus halusnya budimu
Damaimu sesudah gerimis
Bawa daku bersama meniti pelangi

C/O 3
Kuyakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi
Disaluti sutera asli
Selimut cinta aroma harum kasturi

Kasihmu beraja di hati
Kasihku bertahta di jiwa
Walaupun tiada di mata
Cintamu tetap sebati

Sungguh bererti kasih dan sayang
Seribu sumpah kau tunaikan
Cinta berkurun kasih berzaman
kerana sayang ku turutkan
Guruh di laman
Umpamanya gurindam
Mengusap di hati yang rawan

Solo & C/O 1 & C/O 2 & C/O 3
Lagu: Azmeer
Lirik: Azam Dungun







Captcha
Widget
Liedje Tarudin Siti Nurhaliza Nian Di Hati is beschikbaar gesteld door Lyrics-Keeper. U kunt de widget gebruiken als een karaoke versie van de lied Nian Di Hatimits er een instrumentale versie(.mid of .kar bestanden) aanwezig is. Sommige composities beschikken over een correcte vertaling. Hier kunt U ook de vertaling van de liedje Tarudin Siti Nurhaliza Nian Di Hati downloaden. Wij doen ons best zodat de woorden van liedje correct zijn, daarom mocht U opmerkingen of correcties voor dit liedje hebben, stuur die dan alstublieft naar ons. Als U liedje Nian Di Hati in mp3 formaat gratis wilt downloaden, bezoek dan een van onze muzikale sponsors.